BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, August 21, 2009


Sukarnya melupakan… mampukah kita melupakan insan2 yang pernah singgah dihati kita begitu saje? Mampukah kita mmbiarkan saja setiap kali kenangan bersama mereka menerpa ke benak kita? Biar dalam bentuk apa pun jua perpisahan itu, sama ada kita yang meninggalkan atau dia yang berlalu pergi, hakikatnya kenangan yang dicipta tidak mungkin akan terkubur begitu saja. Biar apa pun bentuk kenangan yang ditinggalkan, pahit,manis,suka mahupun duka insan2 ini akan tetap diingati….ada ketikanya rindu itu datang juga, datang dalam bentuk yang pelbagai….dan rindu yang hadir itu tidaklah mudah untuk disingkirkan. Sebagaimana sukarnya mencipta kenangan, begitulah sukarnya untuk melupakan. Walau jauh mana mengasingkan diri, kenangan2 itu tetap bersemadi dalam hati…bukan tidak mencuba, sebaliknya sudah sehabis daya.


Namun rindu itu seringkali mengganggu lena. Lalu tidurlah kita bertemankan si air mata…….sayu dalam hati hanya Dia yang tau….Dia yang Maha Mengetahui segalanya.

Sukarnya membunuh kenangan. Walau betapa hebatnya kita cuba melupakan, kenangan itu tetap mmburu. Menjadikan kita insan yang kadangkala hilang kewarasan. Hilang kewarasan atas dasar terlalu mahu hidup dalam kenangan. Kita jadi nanar dengan perasaan yang satu ini. Perasaan yang sudah sekian lama diusir namun ia datang jua. Seakan mahu menjerit pada alam….bawalah aku jauh…..jauh dari semua kenangan dan peristiwa silam…yang menyakitkan ini. Berilah ruang untuk aku bernafas kembali…dan ketika hakikatnya suara yang menjerit itu tidak kedengaran, kita menangis lagi…menangis sedih mengenangkan sebuah perpisahan.

Perpisahan dalam bentuk apa jua selalunya terjadi tanpa sempat diduga oleh akal dan pada waktu itu tidaklah sempat untuk menyediakan diri dalam bentuk apa sekalipun. Perpisahan sama ada dengan yang hidup atau yang perginya tidak kembali, pasti saja menyebabkan kita mengalirkan airmata. Hebat sungguh penangan sebuah perpisahan.


Puas disekat airmata yang tumpah kala menadah tangan memohon kekuatan dari Dia….namun airmata itu tumpah jua. Penuh khusyuk memohon supaya diizinkan untuk mengusir bayang wajahnya jauh dari kotak fikiran. Bermohon semoga diberi kekuatan untuk meneruskan hari esok dan lusa dengan rasa bahagia. Bermohon tanpa henti. Bermohon dan bermohon semoga ditemukan sinar dihujung penantian. Namun jalan masih kelam. Walau dikumpul seribu kekuatan, jasad sudah tidak bermaya lagi…dan pada waktu kita sebenarnya sudah mati sebelum mati…


Peritnya perpisahan. Namun masih ada juga yang memilih untuk berpisah…masih ramai yang memilih untuk tidak lagi bersama dia….mereka yang dianggap teman atau saudara sehidup semati. Mengapa jadi kalut sebegini? Tidak takutkah untuk mengharungi hari2 mendatang tanpa kehadiran orang2 yang disayangi? Jangan ajukan soalan yang sama kepadaku….kerana aku manusia yang terlalu lemah hatinya…selalu tidak mampu menjalani hidup dengan cara terbaik bila hati ditinggalkan sepi. Aku tiada jawapan. Aku lebih suka memilih untuk diam…dari menjawab pertanyaan2 yang begitu. Pertanyaan yang tidak sepertinya itu hanya menjadikan aku insan yang hilang kata2 di tengah kekalutan manusia. Hentikan soalan2 yang menghimpit begitu. Jangan desak aku memberikan jawapan…kerana aku tidak mampu menjawabnya secara lisan. Aku nekad. Nekad untuk tidak menjawab soalan2 sebegitu.


Aku jadi lesu melawan perasaan sendiri. Hakikatnya aku tahu yang kadangkala berpisah itu adalah lebih baik daripada bersama. Bila sudah tiada keserasian antara akal dan hati pada dua jiwa, maka berpisah adalah jalan yang paling baik. Tapi sungguh….aku tak sanggup. Walaupun ia adalah perkara yang boleh difikirkan saat itu. Selagi lagi aku memenangkan kata hati. Aku tolak mentah2 apa yang akal cuba katakan. Kerana satu sebab…kerana dalam hati ini lah aku letakkan dia….mereka….semuanya insan2 yang disayangi dengan sepenuh jiwa. Lalu aku putuskan saja untuk mengikut apa yang dikatakan oleh hati. Biar berbalah sekalipun aku sanggup. Asalkan hati tidak menanggung pedih dan luka berdarah lagi kerana peritnya menanggung perpisahan…aku sudah tidak sanggup……..


Aku mahu membenci, tapi belum pun perasaan itu bermula aku sudah lelah menanggungnya….itu yang benar….lebih mudah memupuk rasa sayang pada seseorang dari mahu membenci….itu yang aku rasa….kerana dengan benci hanya akan menjadikan aku manusia yang tidak berperikemanusiaan pada manusia lain. Ia hanya menjadikan aku manusia yang hilang sifat manusianya….lalu aku putuskan untuk tidak membenci. Tidak mahu membenci walau sesiapapun. Biar apapun yang dilakukan oleh orang2 sekeliling, aku memutuskan untuk tidak membenci mereka ini. Aku tidak mahu dilihat dengan muka yang penuh hasad kerana membenci….aku juga sudah memutuskan itu semua.

Membuat keputusan merupakan perkara yang paling payah dalam hidup. Mudahlah kiranya keputusan yang dibuat tidak melibatkan hati sesiapa. Biar aku saja yang terluka….Biar aku saja yang menangis…Biar aku saja yang menyesal….tidak sekali2 aku mahu melibatkan orang2 lain yang terpenting dalam hidup. Malangnya tidak semua keputusan itu melibatkan aku saja…sebaliknya lebih banyak keputusan dalam hidup yang bakal melibatkan banyak orang. Pasti banyak hati yang kecewa. Kerana tidak mahu mengecewakan sesiapa…..aku memutuskan untuk menanggung sendiri…aku tega mengambil keputusan sebegini. Bukan kerana tidak kasihan pada hati, tapi sekurangnya aku tidak mahu ada banyak lagi hati yang terluka. Perit sudah pasti. Biarlah. Biarkan saja semua yang ada dalam hati menjadi nanah hingga ke satu hari aku dijemput bertemu Dia yang abadi.


Mudahnya menjadi anak2 kecil. Tiada apa yang perlu difikirkan….segalanya diuruskan. Pun begitu, setiap hari kita akan menjadi dewasa juga….menjadi dewasa dengan cara dan keadaan yang tersendiri. Kadangkala kita tidaklah memilih untuk menjadi siapa diri kita pada hari ini, dan siapapun kita hari ini usahlah takdir yang harus dipersalahkan. Kita membentuk masa dengan doa dan harapan….dan seandainya doa dan harapan yang kita minta tidak tertunai mengikut cara dan keadaan yang kita mahukan,kita masih belum jauh tersesat….sebaliknya selagi kita bernyawa, Dia sedang memberi kita peluang untuk kita memperbetulkan apa jua yang dinamakan kesilapan. Membuat kesilapan tidaklah menjadikan kita manusia yang cacat pemikirannya….sebaliknya dengan kesilapan2 yang pernah dilakukan, boleh menjadikan kita manusia yang lebih tahu menghargai hidup dalam erti hidup yang sebenar. Belajarlah bersyukur untuk setiap musibah yang menimpa. Atas rasa yakin dan percaya itulah, aku dapat merasakan yang kehadirannya lewat musim itu ada hikmahnya….dan dia merupakan antara cerita terindah dalam kedewasaan ini.



Hati sudah penat berlari…tidak juga aku temukan dimanakah hentiannya. Pun begitu, aku belum mahu berhenti….aku akan terus berlari sehingga bertemu destinasi yang pasti. Biar diseka saja peluh dan airmata yang tidak mahu berhenti ini…aku tetap akan terus berlari….kerana aku tahu suatu hari nanti….langkah ini kian perlahan dan ketika itu semuanya bakal meninggalkan aku tanpa pernah aku sedari………………………………………